Pelanggan Mandi Petrol! Shell Lepas Tangan..




Anak Seberang





Pelanggan Mandi Petrol! Shell Lepas Tangan..




Seorang pelanggan syarikat Shell bermandikan petrol RON95 akibat hos noozle tercabut secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa dibasahi dengan petrol Ron 97 tersebut keseluruh badan.

 Dalam kejadian yang berlaku di Shell berhampiran jalan sebalum masuk ke RTC Gopeng, pihak stesen Shell berkenaan enggan memberikan gantirugi yang setimpal kepada mangsa kerana ini bukan kecuaian pihak Shell. Sebaliknya equipment pam yang dipersalahkan.

 Bagaimanapun, pihak Shell menawarkan hanya RM50 untuk menutup mulut mangsa. Berang dengan tindakan pemilik Shell berkenaan, mangsa akan membuat laporan kepada KPDNKK.

Namun, pemilik stesen yang dipercayai berbangsa India itu tidak berkata tidak kisah dengan tindakan yang bakal dilakukan oleh mangsa kejadian. "Bayangkan kalau ada spark sikit, memang terbakar satu badan," ujar mangsa.






Pabila Elie Wong membogelkan dirinya lagi...




Anak Seberang





Pabila Elie Wong membogelkan dirinya lagi...




Dia sapa nak arah Sultan ikut cadangan dia? Sultan minta kemuka lebih dari 1 nama itu pun tak boleh nak ikut!
Sultan lebih arif dan lebih tahu siapa yang layak mentadbir negerinya yg pasti bukan wanita isteri kepada Anwar Ibrahim!!

Makin besar kepala puak PR kritik Sultan dengan cara terbuka kononnya inilah demokrasi cara fahaman komunis!

Adakah perlakuan ini laku dimata rakyat?
Sedangkan peguam wanita cina yang tahu perlembagaan pun menegur Anwar Ibrahim atas sikap biadapnya itu inikan pula Elie bogel?

Ada hati konon si kaduk najk junjung ini!
Bodoh sombong!








Ketua Menteri paling merosakkan ekonomi negeri dan rakyat dalam sejarah Pulau Pinang:




Anak Seberang





Ketua Menteri paling merosakkan ekonomi negeri dan rakyat dalam sejarah Pulau Pinang:




http://www.therakyatpost.com/business/2014/09/03/penang-sells-land-aspen-mall

Terus-terusan menutup kelemahannya mentadbir dengan defisit empat (4) tahun berturut-turut sejak 2011 dengan JUALAN TANAH BESAR-BESARAN untuk menyusahkan rakyat-rakyat yang bakal tidak mampu memiliki rumah sendiri yang elok, terutamanya di Pulau Pinang -- bakal halau secara ekonomi besar-besaran, puluhan ribu penduduk Melayu kebanyakannya dari tanah selatan pulau - Batu Maung, Teluk Kumbar dan Balik Pulau ke pelusuk Batu Kawan!!

Apabila pembangunan siap di Bayan Mutiara (di mana lebih 100 ekar djual pada 2011) dalam masa kurang 10 tahun, orang miskin di daerah Timur Laut akan terus terhimpit, dan apabila Batu Kawan (di mana hampir 250 ekar dijual pada 2014) pula dimajukan sepenuhnya (bermula dengan kempen 12,000 unit unit kos rendah), orang kebanyakan daerah Seberang Perai Selatan pula akan terhalau dengan sendirinya ke Kedah, Perak atau Seberang Perai Utara.... Oh, jangan lupa rancangan terowong untuk hubungkan George Town dan Kepala Batas (SPU) - halau orang PP di KB dan Tasek Gelugor juga ke Sungai Petani dan Kulim....

Dan jangan lupa, si Malaun dari Melaka ini juga telah jual aset Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang pada 2011 lalu, dan tarif air dah melonjak dan akan naik lebih deras dalam masa terdekat, ditambah surcaj penggunaan pula!

Samaada Guan Eng sememangnya ketua menteri yang paling bodoh ekonomi, atau warga asing LGE ini motifnya nak perkaya orang luar Pulau Pinang, termasuk bukan negara, dan himpit warga asal & anak-anak kelahiran Pulau Pinang sampai bakal terpaksa mengalah dan berhijrah ke luar....






KJ Ketua Pemuda yang gagal?




Anak Seberang





KJ Ketua Pemuda yang gagal?




Musim mesyuarat perwakilan peringkat bahagian yang sedang berlangsung sekarang menyaksikan masalah yang melanda Pemuda UMNO Negeri Pahang masih berpanjangan tanpa penyelesaian. Pemuda UMNO Malaysia yang sepatutnya memainkan peranan menyelesaikan isu ini masih berdiam diri dan berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha yang meyakinkan mahu menyelesaikan isu tersebut.

Walaupun Pemuda UMNO Malaysia yang dipimpin oleh Khairy Jamaluddin menyedari bahawa kemelut ini mungkin menjejaskan nama baik Perdana Manteri, Najib Razak yang tapak politiknya adalah Pahang tetapi mereka masih berdiam diri untuk mendamaikan isu yang sudah lama berlarutan ini.

Jika dulu Kumpulan 11 yang dianggotai oleh 11 Ketua-ketua Pemuda Bahagian hanya memprotes perlantikan Ketua Pemuda UMNO negeri, Shahruddin Ahmad yang dilantik oleh KJ melalui sidang akhbar dan pertemuan sesama mereka saja, namun kini ianya sudah dibawa ke peringkat akar umbi pula.

Beberapa Pemuda UMNO bahagian yang sudah mengadakan mesyuarat perwakilannya sehingga semalam meluluskan usul sebulat suara hilang kepercayaan serta menolak perlantikan Shahrudin yang dibuat oleh KJ itu. Antara bahagian yang meluluskan usul itu ialah Temerloh, Paya Besar, Indera Mahkota, Kuantan, Raub manakala mesyuarat Pemuda Pekan yang tidak dihadiri oleh Shahrudin turut meluluskan usul yang sama.

Pemuda bahagian Bera dan Kuala Krau pula mempertikaikan Pemuda UMNO negeri kerana gagal mengadakan mesyuaratnya sejak hampir setahun yang lalu manakala Ketua Pemuda Cameron Highland mengambil pendirian tidak mahu menghadiri mesyuarat dan memboikotnya selagi kemelut ini tidak diselesaikan.

Selain mengemukakan usul menolak perlantikan dan hilang kepercayaan kepada Ketua Pemuda negeri serta menuntut Pemuda UMNO Malaysia turun padang menyelesailan isu ini, terdapat juga Pemuda UMNO bahagian yang meluluskan usul hilang kepercayaan kepada KJ sendiri sepertimana yang diluluskan oleh Pemuda Indera Mahkota.

Yang lebih menarik dan merupakan tamparan kepada KJ ialah mesyuarat Pemuda Pekan yang dipimpin oleh Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pahang yang dipertikaikan itu, turut juga meluluskan usul menolak kepimpinannya. Shahruddin bagaimanapun tidak hadir dalam mesyuarat yang meluluskan usul itu secara sebulat suara.

Dalam masa yang sama, semua Pemuda UMNO Bahagian di Pahang, kecuali Bentong dan Lipis, turut memuntut pembelaan dan mempersoalkan kesalahan teknikal dan penggantungan yang dikenakan terhadap Ketua Pemuda Indera Mahkota, Mohamad Faiz Hashim dan Ketua Pemuda Maran, Saiful Anuar Mokhtar tanpa sebab yang kukuh kecuali hanya disebabkan kelantangan mempertikaikan kepimpinan KJ.

Dengan senario yang berlaku dalam mesyuarat Pemuda UMNO Pahang ini, bukan saja kemelutnya berterusan tanpa ada usaha di peringkat pimpinan Pemuda Malaysia mencari jalan penyelesaian, bahkan juga memperlihatkan kegagalan KJ sebagai ketua menangani masalah yang timbul.

Sejak hampir setahun lalu, meskipun menyedari ada bantahan daripada kumpulan majoriti terhadap Ketua Pemuda Negeri yang dilantiknya dan Pemuda negeri Pahang sendiri gagal mengadakan mesyuarat serta menubuhkan jawatankuasanya, KJ hanya berdiam diri dan membiarkan saja masalah itu terus berlaku.

Malah sebagai usaha menakut-nakutkan dan memberi amaran, dua Ketua Pemuda bahagian telah digantung keahlian tanpa diberitahu apa kesalahan mereka, tanpa bela diri dan tanpa sebarang perbicaraan.

Kegagalan menangani masalah yang melanda Pemuda UMNO Pahang yang kini sudah menjadi topik yang semakin merata di peringkat akar umbi negeri itu, apa pun helah dan alasan daripada mencari penyelesaian mengenainya, adalah satu lagi bukti kegagalan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Bersama deretan isu lain yang sudah banyak diperkatakan sebelum ini, KJ adalah pemimpin yang gagal sebenarnya. (SH 01/09/2014)